Ahad, 16 Disember 2012

Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan

Assalamualaikum.....
Sudah lama hasrat hati nak ada blog sendiri... 
Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan.  Hari ini tanggal 16 Disember 2012.... akhirnya saya berjaya menghasilkan catatan pertama di blog ini.

Apa isu yang nak dikongsikan yer.....
Apa kata isu penulisan ringkas di SMS telah mempengaruhi pelajar sekolah menjawab soalan peperiksaa menggunakan tulisan ringkas ini.  Adakah anda bersetuju??

APA kata para GURU???
Emmmmmm.... Betapa kuat nya pengaruh Teknologi....Secara peribadi saya sendiri tidak bersetuju penggunaan bahasa pesanan ringkas atau SMS ini digunakan pakai dalam menjawab soalan peperiksaan.  Maknanya para guru gagal mendidik pelajar dalam penggunaan bahasa yang betul.... atau dalam erti kata lain .........apa yek.... entah laa....  guuru jugak yang disalahkan. Betul ker? Isu di sini bukan nak cari salah siapa yer..... cuma nak menangani macam mana!

Macam mana nak membendung isu ini yer....
Kalau dulu-dulu masalah dalam bahasa ini penggunaan bahasa pasar atau loghat negeri...itu pun belum mampu dibendung sepenuhnya. Kini timbul masalah baru iaitu masalah penulisan menggunakan tulisan ringkas....bertambah laaa kerja guru-guru bahasa.  Apa kata kita mempraktikan penggunaan bahasa yang betul semasa membuat pesanan ringkas atau SMS. tidak salahkan membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.  Itu yang sebaik nya.  Maka hari ini marilah kita menyeru semua pengguna SMS menggunakan bahasa yang betul agar dapat mempengaruhi muda belia terutama anak-anak kita agar membetulkan budaya yang mula menular ini  

Apa-apa pun...moga ada cara mengatasi yang boleh dikongsi bersama..... buat adik-adik yang baru menempuh SPM 2012 semoga anda tidak tergolong dalam kalangan mereka yang menggunakan bahasa SMS semasa menjawab peperiksaan.  Selamat bercuti panjang buat mereka... salam 1 Malaysia  dari saya blogger baru.... 




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan